5.06.2016

Berpijak di bumi yang nyata.



Hidup ini ironik.
Takkan terfahamkan.
Namun, satu yang perlu kita tahu;
Dan perlu kita faham,
Ialah kita tidak pernah akan faham,
Dan tidak perlu faham akan hidup kita.

Yang perlu kita faham ialah,
Tujuannya.
Hidup untuk Dia.

Dan satu yang kita perlu ingat.

Kau adalah kau.
Aku adalah aku.
Ya, ada mata, ada hidung, ada mulut.
Ya, hidup dan masih bernafas.
Ya, menghirup udara yang sama,
Berpijak di tanah yang sama.

Tapi, 
Kita takkan pernah sama.
Kau takkan pernah faham aku.
Dan aku takkan pernah faham kau.
Dan kau tak perlu faham aku,
Sebab aku pun tak perlu faham kau.

Kenapa?
Sekali lagi,
Hidup ini terlalu ironik.
Takkan terfahamkan.

Jalan yang kita ambil berbeza-beza.
Mahu kita berbeza.
Kau mahukan terang dan aku suka yang gelap.
Kau mahukan jalan yang lurus,
Aku selesa dengan jalan yang bengkang-bengkok.
Hidup kita berbeza.
Dugaan yang menimpa kita juga berbeza.
Kau dihujani batu.
Aku dihujani ais.

Manakan aku faham,
Rasanya dihempap batu,
Dan kau takkan faham,
Rasanya dibadai ais.

Hidup kita sendiri,
Kita tak faham.
Apa lagi hidup orang lain, kan?

Tapi, satu perlu kita faham.

Kita berbeza.
Hidup pun berbeza.
Sebab tu, istilah
"Aku faham kau sangat-sangat."
Tak wujud di bumi ini.

P/S: Not for certain person. It's for me and all of you.

Love,
Pyps. xoxo

Post a Comment

Latest Instagrams

© Nabila's. Design by FCD.