Resipi: Roti Naan Cheese

July 16, 2016



Assalamualaikum and hello guys!

Hari ni I'm going to share a recipe which is.. roti naan cheese! Yay :D Actually dapat dari facebook, my Ma shared it from this page. So I nampak macam sedap delicious very lazat ja so I wanted to try it. Tapi since the bahan-bahan are not lengkap, so I put it here, untuk memudahkan saya and share it with you people yang minat makanan macam ni :)


BAHAN-BAHAN:

1. 300g tepung gandum
2. 1 1/2 sudu teh yis
3. 2 sudu besar gula
4. 1 sudu teh baking powder
5. 3 sudu besar minyak
6. Garam (mahu banyak atau sikit, ikut pilihan masing-masing)
7. 100ml susu segar suam
8. Cheese mozarella


CARA-CARANYA:

1. Campurkan yis dengan 1 sudu besar gula dan sedikit air suam. Biarkan sekejap sehingga berbuih-buih.

2. Campurkan tepung gandum, minyak masak, 1 sudu besar gula, garam dan baking powder. Gaul dan ramas-ramas bahan ni.

3. Masukkan susu suam sedikit demi sedikit mengikut kesesuaian (kalau doh tidak melekat, ok lah tu.)

4. Memang agak lembik tetapi teruskan menguli.

5. Letak mangkuk berisi doh di tempat yang panas agar cepat mengembang. Biarkan selama 30 minit atau lebih.

6. Bulat-bulatkan doh dan taburkan sedikit tepung. Biarkan dalam 10 minit dan tutup dengan kain.

7. Kemudian, canai.

8. Letak cheese ikut suka hati (kalau mahu effect cheese tarik-tarik letak cheese banyak-banyak.)

9. Tutup balik doh.

10. Canaikan balik doh tadi secara perlahan-lahan (takut cheese terkeluar).

11. Panaskan non-stick pan dan guna api yang slow.

12. Letak doh yang sudah dicanai dan tutup dengan penutup periuk.

13. Dia akan menggelembung. Apabila bahagian bawah sudah masak, terbalikkan doh. Siap untuk dihidangkan.


Kredit kepada Resepi Sedap. I haven't try it yet. Tapi soon, insha Allah. Kalau sudah cuba jangan lupa untuk share di ruang komen di bawah, ok? :)

That's all for today. Assalamualaikum and bye.

Love,
Pyps. xo

You Might Also Like

0 thoughts

Followers

CHATBOX